Site icon TechNave BM

realme 14, realme 14 Pro dilancar di Malaysia: Dimensity 7300 Energy, bateri 6,000mAh, rekaan ubah warna bermula RM1,199

realme Malaysia hari ini melancarkan dua telefon pintar kelas pertengahan terbaru dalam Number Series iaitu realme 14 5G dan realme 14 Pro 5G. Model ini menampilkan pelbagai fungsi dan spesifikasi menarik untuk peranti kelas pertengahan, sambil menawarkan rekaan unik yang boleh berubah warna.

realme 14 Pro 5G

Telefon ini mempunyai sensor kamera Sony IMX882 50MP yang menawarkan prestasi fotografi mirip DSLR. Ia turut mempunyai sistem AI Ultra Clarity 2.0 dan MagicGlow Triple Flash yang menawarkan tiga lampu denyar (flash) untuk mencantikkan gambar potret yang diambil dalam situasi malap.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 7300 Energy 5G yang menawarkan prestasi tinggi untuk peranti kelas pertengahan, bateri besar 6,000mAh, sistem penyejukan kamar wap (vapour chamber) yang paling besar untuk segmennya (6,000mm²) dan skrin 120Hz yang paling terang untuk segmennya.

Rupa realme 14 Pro Pearl White apabila didedahkan kepada suhu sejuk

Rekaannya mempunyai satu ciri yang menarik di mana ia boleh berubah warna apabila didedahkan kepada suhu bawah 16°C. Ia hanya terdapat pada pilihan warna Pearl White sahaja, di mana warna putihnya akan berubah kepada biru. Warnanya asalnya akan kembali apabila ia diletakkan pada suhu bilik.

Warna kelabu Suede Grey tidak mempunyai ciri warna berubah, namun rekaan belakangnya mempunyai kulit baldu (suede leather) yang lembut dan mesra kulit.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

realme 14 5G

Telefon ini merupakan peranti pertama yang menggunakan cipset Qualcom Snapdragon 6 Gen 4 5G, iaitu cipset 4nm terbaru oleh Qualcomm untuk peranti kelas pertengahan. Ia menawarkan prestasi CPU lebih tinggi sebanyak 15% dan GPU sebanyak 35% berbanding cipset generasi sebelumnya.

Sewaktu bermain game, ia mempunyai fungsi GT Boost yang akan meningkatkan prestasi telefon. Ia turut mempunyai beberapa fungsi gaming lain seperti AI Motion Control dan AI Ultra Touch Control untuk kawalan yang tepat dalam game.

Skrinnya menggunakan panel AMOLED 120Hz untuk menghasilkan visual cantik. Baterinya berkapasiti 6,000mAh yang realme berkata boleh memainkan game sehingga 10.5 jam. Lebih menarik adalah ia mempunyai fungsi Bypass Charging, di mana jika anda bermain game sambil mengecas telefon, arus elektrik tidak akan dihala kepada bateri, sebaliknya ia akan dihala terus ke pemproses untuk prestasi yang paling tinggi pada setiap masa.

Bagi mengawal suhu yang optimum sewaktu bermain game, ia mempunyai kamar wap 6,050mm² dan HyperTherm Graphite yang boleh merendahkan suhu sehingga 20°C.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version