Site icon TechNave BM

realme 14x 5G dilancar di Malaysia dengan Dimensity 6300, kamera AI 50MP bermula RM899

realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar segmen pertengahan terbaharunya dengan realme 14x 5G dalam pasaran tempatan. Ia dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 6300, RAM 8GB serta pilihan storan dalaman 128GB atau 256GB.

realme 14x 5G turut hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 15W melalui port USB-C. Daripada segi skrin, peranti ini dilengkapi panel LCD bersaiz 6.67 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, resolusi HD+ dan tahap kecerahan maksimum 625 nits.

Untuk kamera, peranti ini menawarkan kamera hadapan 8MP dan kamera utama 50MP di bahagian belakang. Antara ciri tambahan lain termasuk sokongan dual SIM, NFC, Bluetooth 5.3 serta sistem operasi Android 15 dengan antaramuka realme UI 6.0.

Menariknya, realme 14x 5G juga memiliki ketahanan goncangan bertaraf ketenteraan dan penarafan IP64 menjadikannya tahan habuk serta percikan air. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu Peridot Green dan Carbon Black. Di Malaysia, harga realme 14x 5G bermula pada RM899 untuk varian 8/128GB manakala varian 8/256GB dijual pada RM1099.

Spesifikasi lengkap realme 14x 5G:

Pelanggan boleh mendapatkan peranti ini melalui penyedia perkhidmatan Hotlink, Maxis dan U Mobile mulai hari ini. Selain itu, realme 14x 5G juga akan tersedia melalui CelcomDigi bermula Februari. Bagi mereka yang ingin membelinya secara dalam talian, realme 14x 5G juga boleh didapati melalui platform TikTok.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 14x 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version