realme mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan dua telefon pintar baharu dalam siri realme Number Series iaitu realme 15 Pro 5G dan realme 15 5G. Butiran spesifikasi mengenai siri telefon ini masih tidak diketahui namun realme bakal memperkenalkan satu fungsi baharu yang inovatif iaitu AI Edit Genie.
AI Edit Genie telah dibangunkan bersama Google Gemini untuk membolehkan pengguna menyunting gambar dengan memberi arahan suara (voice commands) sahaja.
Pengguna tidak perlu menyentuh skrin langsung untuk menyunting gambar, sebaliknya hanya perlu menyuarakan kata arahan seperti “smoothen my skin (licinkan kulit saya)”, “add a cinematic filter (letakkan filter sinematik)”, “add a cat on my shoulder (tambahkan kucing pada bahu saya)” atau “remove the photobomber (buang orang di latar belakang)”, kemudian AI Edit Genie akan menyunting gambar berdasarkan arahan yang disuarakan.
realme menjelaskan bahawa fungsi ini boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Mereka turut mengatakan fungsi baharu ini membuktikan komitmen realme dalam meneraju AI bagi menawarkan lebih banyak fungsi kepada para pengguna.
Siri realme 15 juga diberikan cogan kata “AI Party Phone” yang bermaksud ia mungkin bakal menawarkan pelbagai ciri AI lain.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 15 Series dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

