Site icon TechNave BM

realme 16 Pro dan 16 Pro+ dijangka dilancar dengan bateri 7,000mAh pada 6 Januari 2026

realme bakal memulakan tahun 2025 dengan pelancaran dua model baharu iaitu realme 16 Pro dan realme 16 Pro+ yang dijangka tiba di India pada 6 Januari 2025. Menurut khabar angin, realme 16 Pro akan hadir dengan konfigurasi asas 8GB + 128GB, manakala model realme 16 Pro+ menawarkan pilihan storan lebih besat termasuk 8GB + 256GB, 12GB + 256GB dan sehingga 12GB + 512GB. Model Pro+ itu juga dijangka hadir dalam tiga pilihan warna menarik seperti Master Gray, Master Gold dan Camellia Pink.

Salah satu perbezaan utama antara dua model ini ialah kehadiran lensa telefoto pada realme 16 Pro+, memberikan keupayaan zum yang lebih baik berbanding model standard. Selebihnya, kedua-dua peranti ini dijangka berkongsi kebanyakan spesifikasi yang sama termasuk paparan OLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan resolusi 1.5K. Untuk pengguna yang gemar berswafoto, terdapat kamera hadapan 50MP manakala di bahagian belakang pula dilengkapi kamera utama 200MP bersama lensa ultra lebar 8MP.

realme 16 Pro turut dikhabarkan membawa bateri besar iaitu 7,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W. Kapasiti bateri ini dijangka memberi ketahanan jangka panjang, sesuai bagi mereka yang menggunakan telefon untuk kerja, hiburan atau gaming sepanjang hari. Dengan kombinasi spesifikasi yang mantap dan reka bentuk yang lebih premium, siri realme 16 Pro dilihat mampu menjadi antara pelancaran paling menarik dalam permulaan tahun baharu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version