Site icon TechNave BM

realme 5i terjual 4000 unit seluruh Malaysia

Baru-baru ini realme Malaysia melancarkan keluaran realme 5i sebagai telefon kelas pertengahan terbarunya. Satu kejutan besar bagi syarikat itu dimana peranti tersebut telah pun terjual melebihi 4000 unit di seluruh Malaysia sejak kelmarin. Ia pastinya diluar jangkaan kerana realme 5i merupakan tambahan pada siri kelima realme 5. Telefon pintar realme 5i ini yang berjaya menambat hati pembeli dilengkapi dalam satu varian, iaitu RAM 4GB + ROM 64GB.

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh mengulas, ianya adalah jualan pembukaan yang hebat di Malaysia untuk tahun 2020. Melihat hasilnya, secara majoriti beliau percaya model ini membuktikan apa yang rakyat Malaysia mahukan. Satu lagi perkara yang membuatkan ianya sangat istimewa dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang melalui hadiah percuma untuk setiap pembelian.

Adakah anda salah seorang peminat untuk telefon pintar jenama realme 5i ini? Kongsikan pengalaman anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.


Exit mobile version