Site icon TechNave BM

realme 6 bakal dilancarkan di Malaysia pada 22 Mac ini, jam 8.30 malam

Kami tahu ramai pengguna teknologi menantikan keberadaan realme 6 di Malaysia sejak pelancarannya yang lalu di India. Rata-rata netizen sedang menanti berita kemunculannya! Terkini, realme mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa pelancaran realme 6 akan dilangsungkan pada 22 Mac 2020, jam 8.30 malam.

Untuk menontonnya, anda boleh ke laman Facebook realme Malaysia atau laman YouTube realme. Sepintas lalu, realme 6 bakal hadir dengan cipset Helio G90T, paparan dengan kadar segar semula 90Hz, pengecasan pantas 30W dam kamera Pro 64MP.

Anda boleh membaca spesifikasinya pada berita lalu atau klik pada pautan ini. Adakah anda bakal menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini

Sumber: Facebook realme Malaysia

Exit mobile version