Site icon TechNave BM

realme 6 berharga RM699 hanya pada 28 Ogos 2020, diskaun sehingga RM300

Jika anda ingin mendapaykan produk realme seperti telefon pintar, realme Band, realme Watch atau realme Buds Air, tarikh 28 Ogos merupakah tarikh yang tepat untuk anda menyambarnya. Terkini, 828 realme Fans Festival menawarkan potongan harga sehingga 33% dari harga asal.

Tawaran yang paling menarik disini adalah realme 6 varian 4GB + 128GB dengan harga asal RM999, hanya berharga RM699 sahaja semasa 28 Ogos 2020 di Lazada.

Untuk pengetahuan anda, realme 6 dijana MediaTek Helio G90T, skrin 90Hz, empat kamera belakang 64MP, bateri 43000mAh bersama cas pantas 30W. Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut disini.

Terdapat pelbagai lagi tawaran menarik seperti realme 6i di Shopee dengan bateri besar 5000mAh yang akan memiliki harga RM529 sahaja.

Untuk pelanggan Lazada, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 33% untuk produk di bawah pada 28 Ogos 2020:

Untuk pelanggan Shopee pula, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 24% untuk produk di bawah pada 28 Ogos 2020:

realme bakal menganjurkan pelbagai aktiviti sempena 828 realme Fans Festival di realme Design Studio bermula 28 Ogos hingga 30 Ogos. Untuk menyertai karnival ini, anda boleh mendaftar di pautan ini atau menonton secara langsung di Facebook.

Baca berita lepas mengenai promosi sempena bulan Merdeka dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi gajet terkini di Malaysia.

Exit mobile version