Site icon TechNave BM

realme 6 dan realme 6 Pro dilancarkan di India dengan Kamera Pro 64MP, paparan 90Hz dan pengecasan pantas 30W bermula dengan harga ~RM738

Terkini, realme telah melancarkan siri realme baharu yang menampilkan realme 6 dan realme 6 Pro di India. Kami tahu tentang persoalan anda yang utama, apa perbezaannya dengan siri realme 5? Jawapannya, cipset yang dinaik taraf, paparan Full HD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan pengecas pantas 30W.

Bermula dengan realme 6, peranti dihuni cipset gaming MediaTek G90T bersama pilihan RAM 4GB, 6GB dan 8GB + storan dalaman 64GB/128GB. Peranti dengan bateri berkapasiti 4,300 mAh ini disokong pengecasan pantas 30W. Untuk pengetahuan anda, kapasiti bateri dan pengecasan pantas 30W turut dimiliki oleh versi Pro, realme 6 Pro.

Berkenaan kamera pula, realme 6 ditetapkan dengan kamera utama sensor Samsung ISOCELL Bright GW1 64MP + 8MP (ultra lebar) + 2MP makro + 2MP potret B&W yang menyokong penstabilan video IUS Max dan kamera selfie dalam paparan 16MP.

Hadir dengan varian warna Comet Blue dan Comet White

Varian realme 6 versi Pro pula hadir dengan cipset berlainan iaitu Snapdragon 720G bersama pilihan RAM 6GB + ROM 64GB, RAM 6GB + ROM 128GB atau RAM 8GB + ROM 128GB. Berbeza dengan ukuran paparan realme 6, versi Pro tampil dengan paparan sedikit besar, 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz yang sama.

Hadir dengan versi kamera selfie hadapan yang berlainan, realme 6 Pro dilengkapi kamera 16MP Sony IMX471 dan lensa ultra-lebar 8MP. Kamera utama pula mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan realme 6, 64MP + 12MP (telefoto) + 8MP (ultra lebar) + 2MP lensa makro.

Kami tahu anda juga pasti ingin mengetahui harganya. Apa pun, kami tidak mempunyai maklumat rasmi mengenai harga dan tarikh pelancaran rasmi di Malaysia, tetapi untuk rujukan anda, kami akan memberi anggaran harga. Untuk realme 6, varian RAM 4GB + ROM 64GB INR 12,999 (~RM738), RAM 6GB + ROM 128GB INR 14,999 (~RM852) dan RAM 8GB + ROM 128GB INR 15,999 (~RM909). Bagi realme 6 Pro pula, varian RAM 6GB + ROM 64GB INR 16,999 (~RM966), RAM 6GB + ROM 128GB INR 17,999 (~RM1,023) dan RAM 8GB + ROM 128GB INR 18,999 (~RM1,079).

Untuk menonton video pelancaran siri realme 6, lihat di sini. Beritahu pendapat anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version