Site icon TechNave BM

realme 6 RAM 8GB dan ROM 128GB bakal hadir di Malaysia 28 April ini

Terdahulu, realme Malaysia telah melancarkan realme 6 yang merupakan telefon kelas pertengahan dengan empat kamera serta prestasi mobile gaming yang pantas. realme Malaysia kini mengumumkan bahawa mereka akan membawa varian terbaru realme 6 ke pasaran Malaysia, varian dengan RAM 8GB dan ROM 128GB.

Sepintas lalu, realme 6 ini hadir dengan cipset Helio G90T dengan paparan Ultra Smooth Display dan kadar segar semula 90Hz. Turut tampil bersama adalah ciri teknologi sokongan pengecasan pantas 30W bersama tetapan kamera AI Quad 64MP.

Untuk mengetahui harganya, anda perlu menantikan siaran langsung pada 28 April ini, jam 10 pagi di Facebook realme Malaysia. Kami menjangkakan harganya lebih tinggi, namun masih berpatutan kerana spesifikasinya yang agak baik.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version