Site icon TechNave BM

realme 6i akan dilancarkan di Malaysia pada 16 April

realme Malaysia akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan, realme 6i, pada 16 April ini jam 8:30 malam. Siaran langsung pelancaran tersebut akan dilakukan dalam Facebook realme Malaysia pada waktu tersebut.

realme 6i adalah varian yang lebih rendah daripada realme 6 dan sudah dilancarkan di Myanmar pada Mac lalu. Menurut spesifikasi yang diumumkan pada pelancaran di negara itu, realme 6i dilengkapi cipset MediaTek Helio G80, cipset GPU Mali G52, skrin HD+ berukuran 6.5 inci dan bateri 5,000mAh.

Daripada segi kamera, ia mempunyai kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Pada bahagian hadapan pula, ia dilengkapi kamera selfie 16MP. Ia turut dilengkapi bicu audio 3.5mm, port USB Type-C, pengimbas cap jari dan pengecasan pantas 18W.

realme Malaysia sudah mengesahkan bahawa realme 6i akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih White Milk dan hijau Green Tea. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 6i dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version