Site icon TechNave BM

realme 6i bakal hadir dengan kamera 48MP dan bateri 5000mAh, gambar ditemui di senarai FCC

Baru-baru ini, realme 5i baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan model seterusnya sedang dalam perjalanan ke pasaran. Maklumat bocor terbaru mendedahkan gambar realme 6i yang memaparkan reka bentuk peranti tersebut. Berdasarkan gambar, ia kelihatan agak sama dengan realme 5i.

Gambar ini mulanya ditemui pada senarai FCC yang turut memaparkan pengecas dengan kadar 18W. Menurut Sudhanshu, peranti akan dihuni tetapan kamera quad dengan kamera utama 48MP, takuk waterdrop dan bateri 5000mAh. Sumber juga menyatakan bahawa peranti ini menggunakan port mikro-USB, tetapi gambar di bahagian bawah peranti kelihatan seperti port USB Type-C.

Pencarian nombor model RMX2040 di pangkalan data SIRIM Malaysia menunjukkan bahawa peranti ini telah disahkan. realme 5i menggunakan nombor model RMX2030 yang memperlihatkan kedua-dua peranti adalah berbeza. Namun, walaupun kedua-dua peranti kelihatan sama, kami percaya bahawa akan ada perbezaan dari segi spesifikasi. Kemungkinan realme 6i akan dihuni cipset yang lebih berkuasa seperti Snapdragon 765 dan sekurang-kurangnya RAM 6GB berbanding 4GB, cukup untuk menandingi peranti sebelumnya.

Tentunya kami cuma meneka sahaja dan tidak mempunyai maklumat rasmi daripada realme Malaysia. Apa pun, dengan pensijilan SIRIM, cepat atau lambat anda boleh menjangkakan kehadiran peranti ini. Kami akan sentiasa mencari berita mengenai hal ini dan akan mengemaskininya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version