Site icon TechNave BM

realme 6i dilancarkan dengan MediaTek Helio G80 dan bateri 5000mAh, berharga ~RM760

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai pendedahan poster acahan realme 6i yang dikongsikan sendiri oleh realme Myanmar telah mengesahkan spesifikasi seperti yang dikhabarkan sebelum ini. realme kini melancarkan realme 6i di Myanmar, sekaligus melahirkan pelopor seterusnya kepada realme 5i.

realme 6i hadir dengan cipset MediaTek Helio G80 dan grafik yang dioperasikan oleh GPU Mali G52. Peranti ini muncul dengan paparan HD+ berukuran 6.5 inci dengan takuk yang dihuni kamera selfie 16MP. Jika anda tidak tahu, kamera selfie ini adalah naik taraf daripada kamera selfie 8MP realme 5i. Kamera utama pula dihuni sensor 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (lensa potret) + 2MP (lensa makro).

Bagaimana dengan bicu kesukaan anda? Ya, realme 6i dilengkapi bicu audio 3.5mm, Bluetooth, port USB Type-C dan sensor cap jari. Kami menjangkakan jika ianya muncul di Malaysia, anda mungkin akan menyambarnya kerana peranti ini hadir dengan bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 18W. Memandangkan harganya agak berbaloi, bukankah ia satu tawaran yang menarik?

realme 6i hadir dengan dua varian iaitu RAM 3GB + ROM 64GB berharga MMK 249,900 (lebih kurang ~RM760) dan varian RAM 4GB + ROM 128GB berharga MMK 299,900 (lebih kurang ~RM913). Apa pun, ini cuma harga anggaran sahaja, pastinya harga rasminya mungkin berbeza jika ia hadir di Malaysia. Kami akan memaklumkan jika ada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

Adakah anda akan menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Sumber: Gadgets360

Exit mobile version