Site icon TechNave BM

realme 7 5G akan dilancar 19 November ini, mungkin penjenamaan semula realme V5 5G

Siri realme 7 dilihat tidak terhenti setakat realme 7i. Terkini, sumber melaporkan bahawa realme 7 5G akan dilancar pada 19 November ini di pasaran UK. Lebih menarik, ia didakwa sebagai penjenamaan semula dari realme V5 5G yang hanya dilancar di pasaran China.

Maklumat pelancaran ini diperoleh melalui realme UK yang memuat naik siaran poster pelancaran realme 7 5G. Menurutnya, realme 7 5G akan dilancar pada 19 November, jam 10:00 pagi GMT (6 petang waktu Malaysia). Melalui paparan poster ini, realme 7 5G dilihat bakal hadir dengan rekaan skrin berlubang dan sensor cap jari di sisi peranti.

realme 7 5G turut ditemui dalam penyenaraian National Broadcasting and Telecommunications Commission (NBTC) Thailand. Penyenaraian ini memperlihatkan kod RMX2111 untuk realme 7 5G. Kod ini agak sama dengan realme V5 5G. Oleh itu, ia didakwa sebagai penjenamaan semua dari realme V5 5G. Anda boleh menyemak spesifikasi realme V5 5G disini.

Jika benar, realme 7 5G mungkin hadir dengan skrin 6.5 inci 90Hz FullHD+, kamera kuad 48MP, kamera swafoto 16MP, bateri 5000mAh dan cas pantas 30W.

Apakah pendapat anda mengenai realme 7 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version