Site icon TechNave BM

realme 7 5G dilancar: Skrin 120Hz, kamera kuad 48MP, cas pantas 30W berharga ~RM1,531

Semalam, realme telah melancarkan realme 7 5G di pasaran Eropah. Penawaran realme 7 5G dilihat menjadi salah sebuah peranti 5G termurah di Eropah setakat ini. Selain sokongan 5G, ia turut hadir dengan spesifikasi menarik yang lain.

Antara spesifikasi menarik adalah skrin LCD 6.5 inci dengan sokongan FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Selain itu, peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 5000mAh dengan cas pantas 30W Dart Charge yang dikatakan mampu mengecas penuh dalam masa 65 minit. Anda boleh menyemak spesifikasi lain seperti di bawah.

realme 7 5G boleh didapati dalam warna Baltic blue dan bermula dengan harga  £279 (~RM1,513) untuk varian 6GB+128GB. Setakat ini, ia boleh didapati di pasaran Eropah dan kami masih tidak mempunyai maklumat jika ianya bakal dilancar di pasaran Malaysia.

Jika ia hadir di pasaran Malaysia, mungkin ia akan diganti dengan cip MediaTek selain Dimensity atau Qualcomm Snapdragon memandangkan cipset Dimensity masih tidak hadir di pasaran Malaysia.

Apakah pandangan anda mengenai realme 7 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Anda boleh semak spesifikasi siri realme 7 disini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version