Site icon TechNave BM

realme 7 & realme 7 Pro dilancar di Malaysia, berharga RM1,299 & RM1,499

realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme 7 dan realme 7 Pro. Kedua-dua telefon ini menampilkan spesifikasi menarik untuk peranti kelas pertengahan dan merupakan telefon pertama dalam dunia yang menerima pengiktirafan TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification dari Jerman.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme 7:

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme 7 Pro:

realme 7 Pro:

realme 7 akan dijual pada harga RM1,299 bermula 26 September namun pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini, di mana setiap tempahan akan disertakan bersama pengurut leher.

Sementara itu, realme 7 Pro pula berharga RM1,499 dan mula dijual pada 3 Oktober namun pra-tempahan akan dibuka hari ini, di mana setiap tempahan akan diberikan realme Buds Q White Edition. realme 7 Pro boleh dibeli secara dalam talian di Shopee bermula 29 September dan setiap pembelian akan diberikan hadiah percuma realme Watch.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli kedua-dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version