Site icon TechNave BM

realme 7i dengan kamera 64MP, skrin 90Hz bakal dilancar di Malaysia 13 Oktober ini

Beberapa minggu yang lepas, realme Malaysia telah melancarkan dua telefon kelas pertengahan yang hadir dengan spesifikasi yang menarik iaitu realme 7 dan realme 7 Pro. Kini realme Malaysia memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi telefon kelas pertengahan dari siri realme 7 iaitu realme 7i.

Untuk pengetahuan anda, telefon realme 7i ini sebenarnya telah dilancarkan di Indonesia pada bulan yang lalu. realme 7i ini dilihat hadir dengan kamera utama 64MP, skrin 90Hz, cipset Snapdragon 662 serta bateri 5,000mAh.

Acara pelancaran realme 7i ini bakal berlangsung di atas talian di Facebook rasmi realme Malaysia pada 13 Oktober ini jam 12 tengah hari.

Lihat artikel ini untuk spesifikasi lanjut mengenai realme 7i yang dilancarkan di Indonesia.

Adakah realme 7i di pasaran Malaysia sama seperti yang di Indonesia? Nantikan berita lanjut mengenai telefon ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version