Site icon TechNave BM

realme 7i dilancar di Malaysia: Kamera quad 64MP, skrin 90Hz, 5000mAh, berharga RM999

realme Malaysia kini telah mengumumkan kehadiran peranti realme 7i di pasaran Malaysia. Terdahulu, realme telah melancarkan realme 7 dan realme 7 Pro di pasaran Malaysia. Keluarga realme 7 kini lengkap dengan kehadiran realme 7i.

realme 7i hadir dengan penawaran harga yang lebih rendah berbanding model realme 7 dan model Pro. Untuk itu, spesifikasi realme 7i juga setanding dengan penawaran harganya.

Antara spesifikasi menarik pada realme 7i adalah Snapdragon 662 (realme 6i dijana cip MediaTek). Tambahan pula, ia hadir dengan kamera quad 64MP, skrin 90Hz dan bateri berkapasiti besar 5000mAh. Anda boleh menyemak gambar dan spesifikasi realme 7i seperti di bawah.

realme 7i akan dijual dengan harga RM999. Anda boleh mendapatkannya di Lazada bermula hari ini 13 Oktober 2020 jam 2PM untuk peluang membawa pulang realme 10,000mAh Power Bank 2 percuma. Jualan di luar talian pula akan bermula pada 17 Oktober 2020 dan anda berpeluang membawa pulang realme Buds Classic percuma.

Adakah anda akan mendapatkan realme 7i? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version