Site icon TechNave BM

realme 7i dilancar: Snapdragon 662, kamera quad 64MP, 90Hz, 5000mAh berharga ~RM887

Terkini, realme 7i telah dilancarkan di pasaran Indonesia terlebih dahulu. realme 7i dilancarkan di Indonesia dengan penawaran beberapa spesifikasi yang sama, dan ada juga spesifikasi yang berbeza dengan realme 7/realme 7 Pro.

realme 7i dilengkapi cipset yang berbeza dengan realme 7/realme 7 Pro. Terdapat juga beberapa spesifikasi yang sama seperti varian storan, RAM dan spesifikasi skrin. Anda boleh menyemak spesifikasi asas realme 7i di bawah atau spesifikasi lanjut di pautan ini.

Di pasaran Indonesia, realme 7i boleh didapati dengan harga 3,199,000 Rupiah (~RM887). Harga 3,099,000 Rupiah pada gambar utama yang anda lihat adalah harga jualan pengenalannya. Anda boleh memilih sama da pilhan warna Aurora Green atau Pearl Blue. Harga dalam Ringgit Malaysia (RM) adalah harga rasmi di pasaran Indonesia yang ditukarkan ke dalam nilai mata wang Malaysia.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan tarikh pelancaran realme 7i di Malaysia. Namun, realme 7 dan realme 7 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September ini.

Di antara realme 7, realme 7 Pro dan realme 7i, mana satukah yang menambat hati anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme Indonesia

Exit mobile version