Site icon TechNave BM

realme 7i muncul di dalam penyenaraian tanda aras GeekBench

Setelah realme 7 dan realme 7 Pro dilancarkan pada minggu lalu di India, kini sebuah lagi telefon pintar jenama realme iaitu realme 7i telah muncul di laman web penanda aras GeekBench.

Berdasarkan penyenaraian ini, ia dilihat akan hadir dengan cipset kelas pertengahan iaitu Snapdragon 662 serta RAM sebesar 8GB dan sama seperti realme 7 dan 7 Pro, ia juga dilihat bakal menggunakan perisian Android 10.

Kehadiran realme 7i ini telah disahkan setelah realme Indonesia menunjukkan ‘teaser‘ untuk peranti ini di dalam poster pelancaran telefon realme baru mereka bersama realme 7 pada 17 September ini.

Untuk spesifikasi yang lanjut, realme 7i dijangka akan hadir dengan storan 128GB, skrin saiz 6.5 inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz yang menempatkan kamera swafoto 16MP. Ia juga akan hadir dengan sensor cap jari pada panel belakangnya serta bateri 5000mAh dengan cas pantas 18W.

Selain itu, realme 7i juga dijangka hadir dengan empat kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan dua kamera 2MP untuk makro dan sensor kedalaman.

Adakah realme 7i ini juga bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version