Site icon TechNave BM

realme 8 5G akan dilancar di Malaysia pada 27 Mei

Selepas melancarkan realme 8 Pro pada 22 April lalu, realme Malaysia akan melancarkan realme 8 5G pula pada hari Khamis, 27 Mei jam 12:00 tengah hari. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung dalam laman Facebook realme Malaysia.

realme mengatakan telefon ini adalah antara telefon pintar 5G yang paling ringan dalam pasaran dengan berat 185 gram sahaja. Sebelum ini, ia telah pun dilancar dalam beberapa negara termasuklah India, United Kingdom, Itali dan Sepanyol.

realme 8 5G yang telah dilancar dalam pasaran antarabangsa dilengkapi skrin Full HD+ LCD 90Hz 6.5 inci, cipset Dimensity 7005G, bateri 5,000mAh, pengecasan 18W, RAM 4/6/8GB, storan dalaman 64/128GB dan tiga kamera 48MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version