Site icon TechNave BM

realme 8 5G dan realme C25s dilancar di Malaysia: Dimensity 700, skrin 90Hz bermula RM799

realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu realme 8 5G yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700 5G, bateri 5,000mAh dan skrin 90Hz. Telefon ini merupakan varian yang lebih rendah daripada realme 8 Pro yang baru dilancar pada bulan lepas.

Selain menyokong rangkaian 5G, telefon ini dilengkapi teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE) untuk menyediakan lebih banyak memori daripada storan dalaman bagi kegunaan RAM. Dengan teknologi tersebut, RAM 8GB dalam telefon ini akan ditambah dengan 3GB lagi daripada storan dalaman, menjadikan RAM keseluruhan kepada 11GB. Berikut adalah spesifikasi realme 8 5G yang ditunjukkan dalam pelancarannya:

realme 8 5G akan dijual pada harga pasaran RM899 di semua kedai pengedar sah, namun ia juga akan dijual dengan harga promosi RM799 sahaja pada hari pelancarannya iaitu hari Jumaat, 28 Mei jam 12:00 tengah malam di Lazada.

Selain telefon ini, realme Malaysia juga telah melancarkan sebuah lagi telefon kelas permulaan iaitu realme C25s. Buat pertama kali dalam sejarah siri realme C, telefon ini dilengkapi kamera utama 48MP termasuk mod malam Super Nightscape Mode dan perisian realme UI 2.0 berdasarkan Android 11.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme C25s:

realme C25s akan dijual pada harga RM699 melalui syarikat telekomunikasi sahaja, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8 5G atau realme C25s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version