Site icon TechNave BM

realme 8 dilancar: Kamera kuad 108MP, Snapdragon 720G, cas pantas 50W bermula ~RM853

realme telah melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme 8 di India yang terdiri daripada realme 8 dan realme 8 Pro. Walaupun ia telefon kelas pertengahan, ia masih dilengkapi spesifikasi agak menarik seperti kamera kuad 108MP, skrin Super AMOLED dan pengecasan pantas 50W.

Kamera 108MP yang terdapat pada realme 8 Pro dilengkapi sensor Samsung ISOCELL HM2 yang menyokong fungsi termasuk super night mode, zum optikal 3x, Starry mode dan video strarry time lapse.

realme menjelaskan bahawa pengecas akan disertakan dalam kotak realme 8. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri realme 8:

realme 8 Pro

realme 8

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version