Site icon TechNave BM

realme 8 Pro dilancar di Malaysia: Snapdragon 720G, kamera 108MP, cas pantas 50W berharga RM1,299

realme Malaysia hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan iaitu realme 8 Pro. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang agak menarik termasuklah cipset Snapdragon 720G, kamera utama 108MP dan pengecasan pantas 50W yang boleh mengecas penuh selama 47 minit sahaja.

Telefon ini juga lebih ringan daripada generasi sebelumnya, iaitu setakat 176g dan nipis 8.1mm sahaja, berbanding realme 7 Pro (182g, 8.7mm) dan realme 6 Pro (195g, 8.9mm). Di hadapan, ia dilengkapi skrin Super AMOLED berukuran 6.4 inci dengan kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) 180Hz.

realme 8 Pro adalah telefon pertama dengan perisian realme UI 2.0 berdasarkan Android 11 yang dilengkapi pelbagai fungsi khas seperti Private Space untuk menyembunyikan fail sensitif dan keselamatan siber Security Shield serta kelajuan pembukaan aplikasi yang lebih laju.

Tarikan utama telefon realme ini adalah pada kamera utama 108MP dengan sensor Samsung HM2 yang mampu mengambil gambar dengan butiran yang sangat jelas, mod malap 5th Generation Nightscape, 3x Ultra Zoom, mod Starry Time-lapse Video, Tilt-Shift dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme 8 Pro:

Telefon ini akan dijual pada harga RM1,299 bermula hari Sabtu 1 Mei. Pelanggan yang berminat boleh membuat pra-tempahan pada 22-30 April di mana mereka akan menerima kotak hadiah istimewa daripada realme. Layari laman web realme Malaysia untuk maklumat lanjut.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version