Site icon TechNave BM

realme 8 Pro dilengkapi cas pantas 65W dan kamera utama 108MP!

Peranti andalan realme GT baru sahaja dilancarkan baru-baru ini di pasaran China. Sementara menanti kedatangannya di pasaran global, terdapat beberapa spesifikasi siri realme 8 pula didedahkan. Siri peranti kelas pertengahan terbaru ini dikatakan bakal terdiri daripada realme 8 dan realme 8 Pro.

Menurut sumber, realme 8 Pro telah melepasi kelulusan di Federal Communications Commission (FCC) dan penyenaraiannya memaparkan beberapa spesifikasi. realme 8 Pro dengan nombor model RMX3081 bakal hadir dengan bateri 4500mAh bersama sokongan cas pantas 65W.

Sepertinya, ia berbeza dengan realme 8 yang dilapor bakal hadir dengan bateri 5000mAh dan cas pantas 30W Dart Charge. Terdahulu, realme turut mengacah poster kamera 108MP yang dilapor bakal hadir pada realme 8 Pro dan CEO realme sendiri memperlihatkan tanda pada tangkapan gambar dari peranti tersebut yang mendedahkan kamera 108MP.

realme 8 Pro turut dijangka hadir dengan Snapdragon 730G dan dioperasikan realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Untuk realme 8 pula, anda boleh menyemak beberapa spesifikasinya yang telah didedahkan sendiri oleh CEO realme.

Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari pihak realme sendiri termasuklah tarikh pelancarannya yang masih misteri. Kongsikan pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version