Site icon TechNave BM

realme 8 sah dilancar pada 24 Mac

Baru-baru ini, realme kerap mengacah pelancaran siri realme 8 melalui pelbagai gambar dan satu video pendek yang memberitahu beberapa spesifikasinya. Kini realme mengesahkan bahawa realme 8 dan realme 8 Pro akan dilancar pada hari Rabu, 24 Mac jam 7:30 malam waktu India (10:00 malam waktu Malaysia).

realme turut mengesahkan bahawa realme 8 Pro akan dilengkapi kamera utama 108MP manakala realme 8 biasa akan dilengkapi kamera 64MP. Dalam sebuah pakej yang diberikan kepada media, realme turut memberikan gambar permukaan belakang realme 8 berwarna kuning dengan slogan Pretty Special Back Cover.

Setakat ini, spesifikasi realme 8 yang sudah disahkan selain kameranya adalah skrin Super AMOLED 6.4 inci, pengecasan pantas 30W, bateri 5,000mAh dan cipset Helio G95 untuk realme 8 biasa.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version