Site icon TechNave BM

realme 8 versi 5G muncul di pensijilan FCC, bakal dilancar dalam masa terdekat

Pada minggu lalu, realme telah melancarkan telefon realme 8 dan realme 8 Pro mereka di India. Kemudiannya, realme menyatakan bahawa mereka akan melancarkan versi 5G untuk realme 8. Kini, peranti tersebut telah dikesan di pensijilan Federal Communications Commission (FCC), menandakan kehadirannya tidak lama lagi.

realme 8 5G dilihat hadir dengan nombor model RMX3241 dan sebelum ini, ia telah dikesan di pensijilan NBTC Thailand dan juga BIS India. Penyenaraian terbaru di FCC ini menunjukkan beberapa spesifikasi penting peranti ini.

Penyenaraian FCC menunjukkan bahawa realme RMX3241 ini hadir dengan dimensi 162.5 x 74.8 x 8.5mm dan berat 185g. Selain itu, model ini dilihat menggunakan bateri 5,000mAh dan menyokong perisian realme UI V2.0. Peranti ini juga akan menggunakan sensor cap jari sisi yang terletak pada butang kuasanya.

Buat masa ini, spesifikasi lain seperti cipset dan kameranya masih lagi kekal misteri. realme 8 5G ini dijangka akan dijual pada tanda harga antara INR 14,999 (~RM848) dan INR 17,999 (~RM1,018).

Adakah anda berminat dengan realme 8 5G ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version