Site icon TechNave BM

realme 8i sah akan dilengkapi cipset Helio G96, skrin 120Hz dan kamera 108MP

realme dijangka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan seterusnya yang dinamakan realme 8i dan beberapa spesifikasinya telah pun disahkan oleh MediaTek India, di mana ia akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G96 yang baru dilancar pada Julai 2021.

Selain itu, realme 8i juga akan dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan kamera utama 108MP. Saiz skrin tersebut masih belum diumumkan, namun ia dikhabar berukuran 6.59 inci dengan resolusi Full HD+ dan sebuah lubang punch hole di bahagian atas kiri untuk kamera swafoto.

Spesifikasi lain yang dikhabar untuk realme 8i termasuklah kamera makro 2MP, sensor kedalaman 2MP, RAM 4GB, storan 128GB, bateri 5,000mAh, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Setakat ini realme masih belum mengumumkan tarikh pelancaran untuk realme 8i.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 8i dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version