Site icon TechNave BM

realme 9 4G bakal dilancar di Malaysia pada 20 April

Setelah pelancarannya di Indiarealme 9 4G sudah dalam perjalanan untuk di bawa ke pasaran Malaysia pada 20 April ini. Kami tidak ketahui sebarang spesifikasi bagi varian yang akan tiba ke Malaysia. Berkemungkinan juga ia akan membawa varian yang sama seperti di India.

Telefon pintar ini menampilkan rekaan holografik Ripple di bahagian belakang yang menunjukkan corak berbeza apabila terdedah kepada cahaya. Peranti ini juga agak nipis dengan ketebalan 7.99mm dan berat sekitar 178 gram.

Bahagian hadapan dilengkapi paparan AMOLED FHD+ 6.4 inci dengan kadar penyegaran 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz. Panel paparan mempunyai kecerahan puncak 1,000 nits dan menempatkan pengimbas cap jari dalam paparan yang mampu mengukur kadar denyutan jantung anda.

realme 9 4G menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon 680 yang dipasang bersama pilihan RAM sehingga 8GB, storan 128GB UFS 2.2 dan slot mikroSD untuk pengembangan kapasiti sehingga 256GB. realme juga menawarkan ciri Dynamic Ram pada peranti ini yang membolehkan pengguna mengembangkan kapasiti RAM peranti secara maya sehingga 5GB.

Setakat ini, harga peranti di Malaysia masih tidak didedahkan. Ia mungkin membawa harga tidak jauh seperti harga di India. Peranti ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Sunburst Gold, Stargaze White dan Meteor Black.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version