Site icon TechNave BM

realme 9 Pro+ 5G bakal dilancar, tampilkan cipset Dimensity 920

realme India akan memperkenalkan siri telefon pintar realme 9 Pro di pelbagai pasaran seperti India dan Eropah. Terdapat berita mengatakan realme 9 Pro 5G dan realme 9 Pro+ 5G akan dilancarkan pada bulan Februari di mana poster promosi terbaru telah mengesahkan cipset bagi varian Pro+.

realme 9 Pro+ 5G akan tiba sebagai telefon pintar pertama Eropah dengan cipset MediaTek Dimensity 920. Jika dilihat balik, realme 9 Pro+ hadir dengan cipset Dimensity 920, RAM 8GB dan Android 12 OS di penyenaraian Geekbench pada baru-baru ini.

Cipset 6nm Cortex-A78 dua teras mencatat masa pada 2.5GHz, enam teras Cortex-A55 pada 2.0GHz dan GPU Mali G-68 MC4. Cipset 5G ini menjana kuasa seperti Redmi Note 11 Pro 5G (edisi China), Redmi Note 11 Pro + 5G (edisi China) dan vivo V23 5G. 

realme 9 Pro+ 5G dijangka menampilkan paparan AMOLED 6.43 inci yang menawarkan resolusi FHD+ dengan kadar penyegaran 90Hz. Ia hadir dengan kamera hadapan 16 MP dan tri-kamera 50 MP + 8 MP + 2 MP. Kamera utama mungkin menggunakan sensor imej Sony yang dijangka membawa sokongan Penstabilan Imej Optik (OIS).

Berkemungkinan juga ia membawa storan 256GB dan bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Ia akan menampilkan pengimbas cap jari bawah paparan serta dijangka hadir dalam warna Midnight Black, Aurora Green dan Sunrise Blue. Harganya dianggar sekitar Rs 20,000 (~RM1,118) di India.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina 

Exit mobile version