Site icon TechNave BM

realme 9 Pro+ 5G edisi Free Fire dilancar di Malaysia: Dimensity 920 5G & bateri 4,500mAh berharga RM1,499

Hari ini, realme Malaysia telah melancarkan realme 9 Pro+ 5G edisi khas yang dibina bersama game mudah alih popular Free Fire. Edisi ini bertujuan untuk memenuhi permintaan penggunanya di kalangan Gen-Z dan menyediakan prestasi seimbang di antara gaming dengan kegunaan harian.

Ia membawa reka bentuk  yang berinspirasikan oleh game Free Fire dan bertemakan watak utama game tersebut iaitu “Kelly”. Sistem audio Dolby Atmos dan Hi-Res pasti memberi pengalaman gaming yang lebih mengasyikkan daripada segi kejelasan dan kekuatan audio.

Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 920 5G sambil membawa RAM 8GB, realme UI 3.0 dan sistem penyejuk Vapor Chamber untuk menghalang peranti daripada terlalu panas ketika bermain game dalam masa yang lama. Peranti ini menampilkan paparan Super AMOLED 6.4 inci yang menyokong kadar penyegaran semula 90Hz.

Selain itu, peranti membawa bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan SuperDart 60W di mana 15 minit pengecasan boleh meningkatkan kuasa bateri sehingga 50%. realme 9 Pro+ 5G edisi Free Fire turut membawa tri-kamera iaitu sensor utama Sony IMX766 OIS 50MP + ultra lebar 8MP + makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Anda boleh dapatkan realme 9 Pro+ 5G edisi Free Fire di Shopee atau kedai sah realme  bermula pada 20 Mei 2022. Harga yang diberikan adalah RM1,499 dalam kuantiti terhad. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version