Site icon TechNave BM

realme 9 Pro dan 9 Pro+ dilancar di Malaysia: OLED 120Hz, bateri 5,000mAh bermula RM949

realme Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar terbaru dalam siri realme Number Series iaitu realme 9 Pro 5G dan realme 9 Pro+ 5G. Seperti siri realme 8 Pro sebelum ini, telefon ini menawarkan spesifikasi canggih untuk harga yang berpatutan dan akan dijual pada harga diskaun untuk para pelanggan awal.

Kedua-dua telefon menampilkan rekaan berkilauan iaitu Light Shift Design yang boleh menukarkan warna permukaan belakang daripada biru muda kepada merah apabila ia disinari dengan cahaya ultra-ungu dan matahari. Perubahan warna ini hanya terdapat untuk model dengan warna Sunrise Blue, manakala warna lain iatu Aurora Green dan Midnight Black tidak mempunyai Light Shift Design.

Selain itu, siri realme 9 Pro dilengkapi fungsi Dynamic RAM Expansion untuk menambah jumlah RAM sehingga 5GB dengan menggunakan sebahagian daripada storan.

Untuk fotografi pula, siri realme 9 Pro mempunyai fungsi Street Photography Mode 2.0 yang membawa pelbagai hiasan (filter) menarik seperti Neon Trail, Light Trail Portrait, Rush Hour dan Light Painting. Untuk realme 9 Pro Plus, kameranya menyokong ProLight Imaging Technology untuk menangkap lebih banyak cahaya sebanyak 50%.

Berikut adalah spesifikasi untuk siri realme 9 Pro 5G:

realme 9 Pro 5G

realme Malaysia akan menganjurkan promosi awal untuk telefon ini, di mana varian 8GB+128GB akan dijual pada harga diskaun RM1,099 sahaja di Lazada pada 8 Mac 2022, manakala varian 6GB+128GB akan dijual pada harga diskaun RM949 sahaja di Lazada pada 15 Mac 2022.

realme 9 Pro+ 5G

realme Malaysia akan menganjurkan promosi awal untuk telefon ini, di mana ia akan dijual pada harga diskaun RM1,399 sahaja di Lazada pada 8 Mac 2022.

Siri realme 9 Pro akan mula dijual secara fizikal di Malaysia bermula 12 Mac 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version