Site icon TechNave BM

realme 9 Pro dan realme 9 Pro dilancar: OLED 120Hz, bateri 5,000mAh bermula ~RM1,005

realme telah melancarkan dua telefon pintar terbaru dalam siri realme Number Series di India iaitu realme 9 Pro 5G dan realme 9 Pro Plus 5G. Seperti siri realme 8 Pro sebelum ini, telefon ini menawarkan spesifikasi canggih untuk harga yang berpatutan.

Kedua-dua telefon menampilkan rekaan berkilauan iaitu Light Shift Design yang boleh menukarkan warna permukaan belakang daripada biru muda kepada merah apabila ia disinari dengan cahaya ultra-ungu dan matahari. Perubahan warna ini hanya terdapat untuk model dengan warna Sunrise Blue, manakala warna lain iatu Aurora Green dan Midnight Black tidak mempunyai Light Shift Design.

Selain itu, siri realme 9 Pro dilengkapi fungsi Dynamic RAM Expansion untuk menambah jumlah RAM sehingga 5GB dengan menggunakan sebahagian daripada storan.

Untuk fotografi pula, siri realme 9 Pro mempunyai fungsi Street Photography Mode 2.0 yang membawa pelbagai hiasan (filter) menarik seperti Neon Trail, Light Trail Portrait, Rush Hour dan Light Painting. Untuk realme 9 Pro Plus, kameranya menyokong ProLight Imaging Technology untuk menangkap lebih banyak cahaya sebanyak 50%.

Berikut adalah spesifikasi untuk realme 9 Pro 5G:

Berikut adalah spesifikasi untuk realme 9 Pro Plus 5G:

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme 9 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version