Site icon TechNave BM

realme 9i 5G akan dilancar pada 18 Ogos 2022, dilengkapi Dimensity 810

Telefon pintar kelas permulaan realme 9i telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan Januari lalu, dan kini realme bakal melancarkan varian baharu realme 9i 5G di India pada hari Khamis, 18 Ogos 2022 jam 11:30 pagi IST (2:00 petang waktu Malaysia).

Buat masa ini, realme telah berkongsi sedikit maklumat mengenai peranti tersebut di mana ia akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810 5G. Ini berlainan dengan realme 9i asal yang dilengkapi Snapdragon 680.

Syarikat itu turut menunjukkan rupa telefon itu secara ringkas, di mana ia mempunyai warna emas dan bonggol kamera yang lebih rata berbanding realme 9i asal. Untuk realme 9i 5G, hanya lensanya sahaja yang timbul daripada permukaan telefon.

Selain itu, terdapat sebuah pengimbas cap jari di bahagian sisi kanan yang turut bertindak sebagai pengimbas cap jari. Bahagian sisinya juga nampak rata sepenuhnya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 9i 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version