Site icon TechNave BM

realme 9i akan dilancar di Malaysia pada 19 Januari tampilkan cipset SD 680 6nm

Anda pasti sudah tahu mengenai keluaran telefon pintar realme 9i yang baru sahaja dirasmikan di Vietnam. Kini, realme 9i akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Januari 2022 pada pukul 2 petang menampilkan dua warna iaitu biru dan hitam. Telefon pintar ini dijangka berharga bawah daripada RM1,000. 

realme 9i menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 680 6nm yang meningkatkan prestasi telefon ssebanyak 46% dan penggunaan kuasa yang lebih rendah sehingga 62% berbanding cipset generasi sebelumnya. Ia mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong teknologi pengecasan Dart 33W di mana anda boleh cas sepenuhnya dalam masa 70 minit.

Selain itu, ia membawa rekaan Stereo Prism dengan teknologi yang menempatkan tekstur prismatik lebih daripada 3,000 kombinasi garis prisma untuk menunjukkan visual pergerakan cahaya.

Lawati laman Facebook realme untuk menonton pelancarannya secara langsung pada hari Rabu, 19 Januari 2022 jam 2:00 petang nanti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersamaRakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version