Site icon TechNave BM

realme 9i dilancar di Malaysia: SD680, cas pantas 33W, skrin 90Hz, bateri 5,000mAh berharga RM869

Pada hari ini, realme Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu realme 9i. Dengan harga bermula RM869, ia menawarkan spesifikasi yang sangat menarik untuk harganya seperti cipset Snapdragon 680 6nm, skrin 90Hz dan pengecasan pantas 33W.

realme 9i adalah telefon pertama di Malaysia yang menawarkan cipset Qualcomm Snapdragon 680 dan ia dibina menggunakan proses nod 6nm, membuatkannya memiliki prestasi yang hampir dengan cipset andalan. realme mengatakan cipset ini meningkatkan prestasi CPU sebanyak 25%, GPU sebanyak 10% dan AI sebanyak 25% berbanding generasi sebelumnya.

Skrinnya pula mempunyai panel LCD berukuran 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz, kecerahan 480 nits dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.8%. Kadar segar semula pada skrinnya boleh berubah di antara lima tahap iaitu 30Hz, 48Hz, 50Hz, 60Hz dan 90Hz bergantung kepada aplikasi yang dibuka.

Untuk RAM pula, ia menawarkan pengembangan Dynamic RAM Expansion (DRE) sehingga 5GB. realme mengatakan pengecasan pantas 33W Dart Charge yang terdapat pada telefon ini boleh mengecas penuh bateri 5,000mAh dalam masa 70 minit sahaja.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realmei 9i:

Pra-tempahan akan dibuka bermula 19 Januari 2022 jam 5:00 petang di laman rasmi realme Malaysia dalam Shopee, di mana 500 pra-tempahan pertama akan menerima hadiah percuma realme Buds Air 2 Neo. Jualan secara rasmi akan bermula pada 22 Januari 2022 di realme Authorised Stores dan Shopee.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version