Site icon TechNave BM

realme 9i dilancar: Miliki SD 680, skrin 6.6” dan storan 128GB berharga ~RM1,200

Baru-baru ini, realme 9i telah dilancarkan secara rasmi di Vietnam. realme 9i merupakan telefon pintar kelas pertengahan. Sebelum ini, ia telah tertiris dengan beberapa khabar angin yang mendedahkan beberapa spesifikasinya. Ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 680 6nm, RAM 6Gb dan storan dalaman 128GB.

Anda boleh mengembangkan memorinya melalui kad mikroSD dan RAM tambahan sebanyak 5GB melalui penggunaan storan dalaman yang tidak digunakan. realme 9i hadir dengan paparan LCD IPS FHD+ 6.6 inci dan boleh menetapkan penyegaran semula skrin daripada daripada 30Hz sehingga 90Hz.

Terdapat kamera swafoto 16MP dan tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP f/1.8 lebar, makro 2MP dan potret 2MP. realme 9i menggunakan sistem operasi realme UI 2.0 beroperasi atas Android 11 dan bateri 5,000mAh yang mampu mengecas 33W. Telefon ini dijual pada harga VND 6,490,000 (~RM1,200) serta tersedia dalam dua warna iaitu biru dan hitam.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version