Site icon TechNave BM

realme 9i, realme 9 Pro Plus dan realme GT 2 Pro diiktiraf EEC, bakal dilancar tidak lama lagi

realme sedang bersiap sedia untuk pelancaran siri realme 9. Mereka telah menjelaskan bahawa barisan realme 9 tidak akan dilancarkan pada 2021 dan mungkin dilancarkan pada awal 2022. Hari ini, kami telah melihat beberapa telefon pintar siri 9 Realme serta telefon pintar siri Realme GT, di laman web pensijilan EEC. 

Seperti yang dilihat di bawah, realme 9 Pro Plus (nombor model realme RMX3393), realme 9i (nombor model realme RMX3491) dan Realme GT 2 Pro (nombor model realme RMX3301) baru-baru ini telah menerima pensijilan EEC. Pensijilan EEC mengatakan bahawa global siri realme 9 dan realme GT 2 Pro bakal dilancarkan. Kita boleh menjangkakan peranti ini akan mula berada di pasaran pada awal tahun 2022.

Namun begitu, kami masih belum menerima sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan reka bentuk peranti selain nombor model dan nama-namanya. Terdapat jangkaan bahawa realme 9 Pro Plus bakal menampilkan panel AMOLED. Peranti ini dikatakan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 870 octa-core dan menampilkan kamera utama 108MP.

Sebelum ini, realme 9 Pro Plus pernah disenarai oleh IMEI dan pensijilan EEC. Pengiktirafan ini merupakan antara proses akhir sebelum ia dilancarkan. Kami pasti akan menerima maklumat lanjut tentang siri realme 9 atau realme GT 2 Pro dalam masa terdekat. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91Mobiles

Exit mobile version