Site icon TechNave BM

realme acah tablet pertama, mungkin dinamakan realme Pad atau realme Tab

Selepas realme mengacah komputer riba pertama semalam, kini jenama tersebut mengacah sebuah tablet pertama pula. Ketua pegawai pemasaran (CMO) realme Francis Wong telah mengadakan satu undian dalam akaun Twitter beliau di mana beliau menanyakan kepada para pengikutnya, apakah nama yang sesuai di antara realme Pad atau realme Tab.

Beliau tidak menyatakan nama ini adalah untuk sebuah tablet, namun kita boleh andaikannya sebagai nama tablet kerana kedua-dua pilihan adalah nama yang sesuai untuk kategori produk itu. Pada waktu artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah pun mendapat 4,225 undian dan kedua-dua nama mempunyai jumlah undian yang lebih kurang sama, dengan realme Tab mendahului sedikit sebanyak 50.6%.

Selain daripada itu, tidak banyak yang diketahui tentang tablet pertama oleh realme ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version