Site icon TechNave BM

realme akan lancar telefon dengan pengecasan pantas 125W di Eropah

CEO realme India dan Eropah, Madhav Sheth, telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan telefon dengan pengecasan pantas 125W UltraDART dalam pasaran Eropah. Beliau memaklumkan berita tersebut di akaun Twitter beliau.

Pada bulan Julai, realme telah mengumumkan teknologi 125W UltraDART yang boleh mengecas bateri 4,000mAh daripada 0% ke 33% dalam tiga minit sahaja. Teknologi ini diperkenalkan sehari selepas OPPO melancarkan teknologi yang serupa iaitu 125W Flash Charge.

Madhav turut meletakkan tanda palang #FAS7ER dalam ciapan beliau, mungkin menunjukkan bahawa telefon pertama yang akan dilengkapi teknologi pengecasan pantas ini adalah satu lagi varian daripada siri realme 7. Dalam acara IFA 2020 di Berlin, Jerman pada awal bulan ini, realme mengatakan mereka ingin tergolong dalam lima jenama telefon yang terlaris dalam benua tersebut pada 2021. Mungkin telefon ini bakal membantu realme mencapai cita-cita itu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version