Site icon TechNave BM

realme akan lancarkan realme X7 Pro 5G pada 26 Januari

realme Malaysia akan melancarkan telefon pintar andalan yang pertama untuk tahun 2021 iaitu realme X7 Pro pada 26 Januari ini. Pelancaran tersebut akan disiarkan dalam laman Facebook realme Malaysia pada jam 12:00 tengah hari.

realme Malaysia masih belum menyatakan spesifikasi rasmi untuk realme X7 Pro, namun ia dijangka akan dilengkapi skrin AMOLED 6.55 inci 120Hz, pengecasan pantas 65W SuperDart, bateri 4,500mAh, cipset Dimensity 1000+ serta kamera 64MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton pelancaran realme X7 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version