Site icon TechNave BM

realme mungkin akan lancarkan sebuah telefon pintar edisi khas Dragon Ball

realme bakal melancarkan siri telefon pintar andalan realme GT 2 pada 4 Januari 2022 dan beberapa spesifikasinya telah pun dikongsi oleh syarikat tersebut. Kini mereka berkongsi sebuah lagi poster untuk acara pelancaran itu, di mana kali ini ia mengetengahkan kolaborasi dengan animasi popular dari Jepun, Dragon Ball.

Poster tersebut telah dikongsi laman Weibo realme dan menunjukkan watak utama animasi tersebut yang bernama Son Goku. Sungguh pun begitu, realme tidak menjelaskan jenis peranti yang akan dihiasi dengan watak Dragon Ball dalam poster itu, jadi kita masih tidak mengetahui sama ada ia untuk telefon pintar atau aksesori lain.

Setakat ini realme GT 2 Pro telah pun disahkan bakal dilengkapi skrin LTPO AMOLED dengan resolusi 2K, kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 1,000Hz. Daripada segi fotografi, telefon itu akan dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX766 dan menyokong penstabilan imej optikal (OIS).

Untuk cipset pula, realme GT 2 dijangka akan dilengkapi Snapdragon 888 manakala realme GT 2 Pro pula dilengkapi Snapdragon 8 Gen 1.

Siri realme GT 2 akan dilancar pada 4 Januari 2022 jam 7:30 malam di China. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti bertemakan Dragon Ball dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version