Site icon TechNave BM

realme akan lancarkan siri telefon P Series 5G pada 15 April 2024

Beberapa hari lalu, realme berkongsi sebuah video pendek yang mengacah kehadiran siri telefon pintar baharu pada masa akan datang. Kini syarikat teknologi itu mengesahkan bahawa siri tersebut adalah realme P Series 5G dan akan diperkenalkan pada hari Isnin, 15 April 2024.

Dua telefon pertama dalam siri itu ialah realme P1 5G dan realme P1 Pro 5G, manakala spesifikasinya juga sudah diumumkan. realme P1 5G bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7050 5G, sistem penyejukan kamar wap 7-lapis, pengecasan 45W SUPERVOOC serta skrin AMOLED 120Hz dengan kecerahan puncak 2,000 nits.

realme P1 5G
realme P1 Pro 5G
realme P1 Pro 5G

realme P1 Pro 5G pula mempunyai skrin AMOLED 120Hz, cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 dan pengecasan pantas 45W SUPERVOOC. Kedua-dua telefon mempunyai skrin dengan sokongan Rainwater Touch yang bermaksud skrinnya masih responsif walaupun dibasahi titisan air.

Siri realme P akan diperkenalkan buat kali pertama di India. realme akan menganjurkan satu cabutan bertuah di mana para pemenang akan menerima realme P1 5G, realme Buds Air 5, realme Mobile Game Trigger atau sejumlah realme Coins. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

Spesifikasi siri realme P

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri realme baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme India 1,2

Exit mobile version