Terkini, realme Malaysia telah membuat pengumuman tentang beberapa produk realme baharu yang berfokuskan AIoT (produk Internet benda berasaskan kercerdasan buatan [AI]) pada 3 Disember 2020. Peminat di Malaysia bukan sahaja bakal menerima kehadiran TV 43 inci dari realme, tetapi juga produk AIoT lain seperti jam pintar, berus gigi elektronik dan banyak lagi.
TV pintar dari realme ini mungkin adalah realme Smart TV 32 inci dan 43 inci yang baru diperkenal di pasaran Indonesia, India. Sepintas lalu, TV ini memiliki teknologi gambar Chroma Boost, sokongan Google Assistant, Bluetooth 5.0 dan empat pembesar suara audio Dolby.
TV pintar realme ini bermula dengan harga 2,499,000 Rupiah (~RM723) di pasaran Indonesia. Apa pun, kita perlu menunggu harga rasminya bersama produk lain melalui acara pelancaran di laman Facebook realme Malaysia pada 3 Disember ini. Kongsi pendapat anda di laman Facebook mengenai hal ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

