Site icon TechNave BM

realme akan lancarkan teknologi pengecasan pantas 240W pada 5 Januari 2023

realme dikhabar bakal melancarkan teknologi pengecasan pantas terbaharu yang bakal mengecas telefon pada kadar sangat tinggi iaitu 240W. Syarikat teknologi China itu telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah acara pelancaran di China pada 5 Januari 2023 jam 2:30 petang.

Dalam sebuah poster yang dikongsi dalam Weibo untuk pelancaran tersebut, ia menunjukkan logo kilat yang mungkin melambangkan teknologi pengecasan pantas yang semakin canggih. Pengecasan pantas 240W ini dijangka akan dilengkapi dalam telefon pintar realme GT Neo 5.

Telefon itu dijangka akan terdir daripada dua varian utama, di mana varian tertinggi akan dilengkapi pengecasan pantas 240W, bateri 4,600mAh dan cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Varian kedua pula mungkin dilengkapi bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 150W dan cipset MediaTek Dimensity 8200.

Pada waktu ini, telefon realme dengan pengecasan terpantas adalah realme GT Neo 3T yang menyokong kadar pengecasan 150W. Telefon dengan kadar pengecasan terpantas pula adalah Redmi Note 12 Explorer Edition yang menyokong kadar pengecasan 210W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi pengecasan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version