Site icon TechNave BM

realme akan lancarkan telefon pertama dengan cipset Snapdragon 680 6nm

realme Malaysia mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar baharunya yang menampilkan  pemproses Qualcomm Snapdragon 680 6nm tidak lama lagi. Berbanding dengan pemproses Snapdragon 662 12nm, ia memberikan prestasi sebanyak 46% dan pengurangan penggunaan kuasa sebanyak 62%. realme akan mentakrifkan semula jangkaan telefon pintar produk pertengahan ini sekitar harga RM1,000.

Pemproses Snapdragon 680 6nm menyediakan kelajuan yang lebih pantas dan sejuk. Telefon pintar akan datang ini amat sesuai digunakan oleh golongan muda daripada segi gaming. Ini selaras dengan matlamat realme untuk menyampaikan teknologi penetapan arah aliran baharu, ciri dan pengalaman untuk mentakrifkan semula jangkaan segmen harga.

Nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan kongsi pendapat anda diFacebook kami.

Exit mobile version