Site icon TechNave BM

realme akan mengeluarkan telefon pintar mampu milik, mungkinkah realme C3?

Musim pelancaran telefon pintar flagship daripada pelbagai jenama baru sahaja bermula pada tahun ini. Bukan itu sahaja, telefon pintar kelas permulaan juga tidak ketinggalan untuk memuaskan kemahuan pengguna teknologi.

Terkini, realme dilaporkan bakal mengeluarkan telefon pintar yang lebih murah seperti telefon pintar kelas permulaan yang dilancarkan sebelum ini, realme C3. Kami sertakan gambar pengesahan Bluetooth SIG yang memaparkan telefon dengan nombor model RMX2020. Cipset MT6769 pula merupakan Helio X20.

Bukan itu sahaja, telefon pintar terbaru ini kelihatannya bakal hadir dengan bateri berkapasiti besar 5000mAh, paparan beresolusi FullHD 6.5 inci dan kamera utama 12MP.

Sama-sama kita nantikan kemunculannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda sedang mencari telefon pintar kelas permulaan dengan spesifikasi sebegini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: GSMArena

Exit mobile version