Site icon TechNave BM

realme akan mengumumkan peranti flagshipnya di MWC 2020, mungkinkah realme X50 Pro?

Terdahulu, realme menyatakan bahawa mereka bakal mengumumkan TV pintar pertamanya, realme TV. realme kini mungkin akan memperkenalkan peranti flagshipnya di Mobile World Conference (MWC) 2020.

Ini bukanlah kali pertama realme melancarkan peranti flagshipnya di mata dunia. realme X2 Pro dahulunya dilancarkan di ibu kota Madrid pada Oktober lalu. Jadi, tidak mustahil jika realme ingin melancarkan peranti flagshipnya di Barcelona, Spain. Laman Twitter realme Eropah juga menyiarkan ciapan (tweet) berkenaan koordinat geografi Barcelona, Spain yang bakal menjadi lokasi pelancaran global mereka.

Apa pun, kami masih tidak pasti adakah flagship seterusnya merupakan keluarga realme X50 atau yang lain. Kami bakal menghadiri MWC pada 24 hingga 27 Februari ini, jadi tentunya anda bakal mendapat liputan khas dari Rakan Teknologi Utama Malaysia!

Adakah peranti flagship realme seterusnya bakal hadir dengan cipset Qualcomm terkini? Beritahu kami pendapat anda di laman Facebook sekarang.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version