realme dilaporkan akan mengumumkan tarikh untuk pelancaran produk 5G baru mereka esok. Syarikat itu memaklumkannya di media sosial China, Weibo, dan ia mungkin adalah sebuah peranti 5G kelas pertengahan, sama ada realme X3 SuperZoom atau realme X50 Youth Edition.
Sebelum ini, realme X3 telah dikenal pasti dalam laman web TENAA (Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency, TENAA) China di mana ia dilengkapi RAM 12GB, kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, bateri 4,100mAh dan sistem operasi Android 10.
Sementara itu, X50 Youth Edition pula adalah varian X50 yang lebih rendah. Telefon itu baru mendapat pengiktirafan 3C (Chinese Compulsory Certification) dan dikhabarkan dilengkapi skrin LCD 6.55 inci, cipset 5,000mAh, pengecasan Dart Charging 30W dan kamera 48MP + 8MP + 2MP + 2MP serta kamera hadapan 16MP + 2MP.
Kita akan tunggu apakah yang akan dilancarkan realme dalam masa terdekat ini. Sementera itu, beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina

