Site icon TechNave BM

realme akan umumkan X50 Pro 5G secara rasmi dalam MWC

Beberapa hari lepas, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) realme sudah pun mendedahkan spesifikasi telefon flagship seterusnya oleh syarikat itu, X50 Pro 5G. Hari ini realme menyatakan di Twitter bahawa mereka akan menyertai Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) buat kali pertama untuk mengumumkan telefon itu secara rasmi.

Pengumuman tersebut dijadualkan pada 24 Februari, 9.30 pagi CET (4.30 petang waktu Malaysia) di Barcelona. Ini adalah satu berita baik buat MWC terutamanya selepas beberapa syarikat memutuskan untuk menarik diri daripada menghadiri kongres itu.

Setakat ini butiran yang kita tahu tentang telefon itu hanyalah sedikit, iaitu ia akan dioperasi cipset Snapdragon 865, antara muka realme UI, RAM 12GB dan storan 256GB.

Bagaimanalah agaknya rupa X50 Pro 5G ini? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk liputan khas daripada MWC kelak dan lain-lain berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version