Site icon TechNave BM

realme bakal lancarkan GT Neo3, telefon boleh lipat dan UDC pada tahun ini

Naib Presiden realme, Madhav Sheth mendedahkan bahawa realme GT Neo3 akan dilancarkan pada penggal kedua tahun ini. Beliau mengesahkan bahawa GT Neo3 akan menjadi salah satu telefon pertama yang dikuasai oleh cipset MediaTek Dimensity 8100. Ia akan hadir dengan pengecasan UltraDart 150W.

Selain itu, Sheth berkongsi bahawa syarikat itu sedang bereksperimen dengan bentuk telefon pintar boleh lipat untuk dibawa ke dalam pasaran komersial tidak lama lagi. Akan tetapi, Sheth tidak mendedahkan sebarang butiran pelancaran peranti boleh lipat tersebut.

Telefon pintar realme dengan teknologi kamera bawah paparan (UDC) juga sedang dalam pembangunan. Telefon UDC ini akan dikeluarkan pada penggal kedua tahun ini. Kami menjangkakan GT Neo3 dan peranti ini akan tiba pada jangka masa yang sama.

Pada tahun lepas, realme mempamerkan sistem pengecasan magnet MagDart yang sama seperti MagSafe Apple. Namun, ia masih belum masuk dalam pasaran. Sheth mengatakan bahawa pelancaran MagDart adalah kerana ia menawarkan beberapa ciri walaupun telah dioptimumkan. Teknologi pengecasan MagDart datang dengan kompromi sama ada telefon yang lebih tebal atau kapasiti bateri yang lebih kecil.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version